Saturday 12 January 2013

Save The Date 15 .DISEMBER.2012



When a man or woman loves to brood over a sorrow and takes  care to keep it green in their memory, you may be sure it is no longer a pain to them.
  

Selamat malam semua, mungkin ada yang belum tidur macam mia sekarang ni. Tengok jam dekat dinding dah pukul 1.25 pagi Waktu Malaysia. HA HA HA macamlah Mia duduk Overseas. Pagi ni, baru nak memulakan sedikit segala hajat yang sebelum tak dapat tertunai. Biasalah awal tahun banyak sangat kerja, banyak sangat urusan nak kena buat. Bina hidup baharu tak semudah A.B.C, tak semudah PETIK DUA JARI dan tak semudah nak buat ais krim MALAYSIA. Ais Krim? Tetiba pulak kan pagi-pagi ni. So, apa hajat tu? Dulu masa nak dekat kahwin, terfikir nak aktif semula Berblog ni, dulu pernah juga tapi macam kurang minat then STOP TERUS.. 


Org lain belog diorang dh berlapis-lapis macam KEK LAPIS SARAWAK. Tapi Mia?? Masih lagi nipis Buku Blognya. BUKU? Hentam.... Untuk pengetahuan semua, Mia nak aktif balik berblog ni sebab nak letak semua kenangan Mia dan Incik Husband segala-galanya dekat sini. 20 Tahun kalau tengok balik mesti seronok kan? Nak ketawa pun ada masa tu agaknya, mungkin nak menangis pun ada kan? Masa tu mesti dapat tengok dengan anak-anak yang mungkin dah dewasa. Mia suka share apa yang Mia lalui dalam kehidupan selepas berumah tangga sebab kita dapat kongsi dengan blogger yang dah lama berkahwin tentang tips-tips, cara-cara bagaimana nak bina hubungan tu INDAH sama masa dalam bercinta. Mia suka baca blog-blog mereka yang sentiasa menceritakan tentang kehidupan rumah tangga. 
Blog yang sudah di edit cantik mcm ni oleh seseorang kenalan Mia buatkan Mia lebih bersemangat nak mulakan kehidupan alam rumah tangga dengan blog ini. Ini juga blog bisnes sambil bisnes bosan-bosan boleh conteng apa yang patutkan 2 IN 1. Rasa macam tak perlu kot Mia nak buat  dua belog. Satu pun dah cukup.. 
.
.
Okey, let me introduce my self. Nama mia actually AMIRA ASHIKIN BINTI ISNI, cukuplah u olls panggil  dengan panggilan Mia sebabnya dah terbiasa kawan-kawan, keluarga mentua panggil macam tu. My husband namanya MOHD YUZAIDI. Kalau dalam belog ni cukuplah Mia panggil dia MR.D. yup!! MR.D. ;D Insyaallah niat hanya untuk berkongsi cerita. Tak ada pun niat nak menunjukk-nunjuk tentang kehidupan kita. Mia tak ada kereta import, tak ada rumah banglo, bukan artis pun. Jadi Mia hanyalah gadis biasa yang dah kahwin yang dah bergelar isteri dan hanya di sini untuk berkongsi segala-gala kehidupan Mia bersama MR.D


Good Night
MIA

Blog Archive