Sunday 17 February 2013

RESEPI KENTANG WEDGES & CHEESY WEDGES YUMMY!


Kalau korang nak tahu, salah satu hobi mia adalah memasak. Mia suka cuba pelbagai resepi yang bagi Mia menarik tak kisahlah dalam buku masakan, majalah ataupun lebih senang by google. Hari ni, Mia nak ajar korang satu resepi yang pasti buat korang meleleh air liur iaitu resepi kentang wedges dan juga cara-cara nak buat cheesy wedges. Bestkan??? Confirm licin dan juga bagi mereka yang nak pikat hati suami atau mak mentua. Lagi satu, tak payah drive jauh2 nak beli cheesy wedges dkt KFC nun.... buat sendiri sudehh...  Jom tengok cara-cara nak buatnya. Senang sangat2!! kentangnya adalah resepi ciptaan sendiri.. :)

Bahan-bahan untuk membuat Kentang Wedges:

1/2 Cawan Tepung KFC ( Original )
1/4 Cawan Tepung KFC ( Spicy ) *** kalau nak rs spicy2
1/4 Cawan Tepung Gandum 
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil kiub ayam
1 sudu kecil garam ( kalau rasa tak cukup masin) ** Mia tak bubuh
1/4 Cawan oat dikisar sehingga halus
5 Biji kentang Holland 

Cara menyediakan kentang wedges:

Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih ( Kulit Jangan Buang)
Rebus kentang sehingga betul-betul empuk
Campurkan semua bahan di atas dan gaulkan kentang wedges yang telah direbus. Hati-hati kentang wedges boleh patah masa ni sebab sudah empuk
Biarkan selama 30 minit supaya ramuannya meresap ke dalam wedges.
Panas minyak, apabila minyak sudah panas kecilkan api dan masukkan wedges tersebut.
Angkat apabila sudah masak kekuningan. Jangan lama-lama nanti hangus!

Lepas dah masak kentang wedges tu, jom kita try buat cheesy wedges pula. Yang ni mia google je.. hee.. atau pun nak sonang beli je yang dah siap berlambak-lambak kat luar tu.

Bahan-bahan untuk membuat sos cheesy wedges:

2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni

Cara membuat:

 Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
Masukkan tepung, kacau 1 minit.
Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
Perlahan-lahan tuangkan susu.
 Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.


Senangkan?? Lepas dah siap tu curahlah pada kentang wedges anda.. Yummmy! Nak lagi sedap curah sekali dengan mayonis & makan cicah dengan sos cili.. Memang terbaik! Jom tengok hasil yang mia dah buat..


Komen Mr. D memang cakap terbaiklah...meleleh ayaq liur die... tapi sedih sebab dia tak dapat rasa. Tapi dah janji bulan 3 dia balik, kena buatkan untuk dia sebab kentang wedges salah satu kegemaran dia jugak. Masa viber dia gambar wedges ni, dia macam tak percaya mia yang buat huhu.. 



Mr D kata gambar macam ambil dekat google image. HEH!!


Yang korang nampak gambar periuk ni adalah permintaan daripada makcik & kakak sepupu suruh buatkan. Hehehe lagi angin suami Mia.. :) Okey, sampai sini saje. Korang bolehlah try buat. Memang so..... YUMMY!






Blog Archive