Wednesday 20 March 2013

RESEPI SUSHI SIMPLE & SEDAP!!


Bahan-bahan 

sea weed
1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
secubit garam
untuk inti;
telur dadar (nipis)
timun (di buang pulun tengah


Langkah-langkah membuat Sushi

 Campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Guna baking paper je, letak inti.
Start gulung
 Basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis
Proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.



P/S : Mudahkan? Inovatif sikit tukar lah intin dengan telur salmon ke, daging belut ke confirm lebih sedap!! Mia suka makan dengan kicap soya dan wasabi. Yeay!




Sunday 17 March 2013

Bahagia Pasti Datang By Mia


Jom baca salah satu cerpen yang Mia pernah tulis. Tak best jangan marah okey :)
“Aku suka kau.Kita couple boleh?Tolonglah,tolonglah….” Rayu Irfan bersungguh-sungguh. Tak sanggup Irfan berputih mata kali ini. Iman pula terkejut  tatkala mendengar pengakuan eksklusif daripada bibir Irfan sebentar tadi. Makin berpeluh-peluh Iman dibuatnya. Sudahlah petang ni cuaca panas terik ditambah pula mendengar kata-kata Irfan seakan-akan merasakan dirinya terkena renjatan elektrik. Namun, Iman suka mendengarnya..riang!Berbunga-bunga sudah taman hatinya.Oops..couple Iman? Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

    “Hello…Iman?Kau dengar tak aku cakap apa tadi?



      Oi! Irfan melambai-lambai tangannya pada wajah Iman membuatkan Iman tersedar daripada lamunannya tadi. Alamak! Mesti  Irfan perasan Iman mengelamun tadi.
     “Err..ya?” Itu sahaja yang mampu Iman ucapkan.
     “Mengelamun saja kau ni!Kau suka aku tak?” Tanya Irfan pada Iman. Ish,gelojoh Irfan ni!Tak reti ke Irfan nak gunakan ayat-ayat yang romantik kalau nak tanya soalan-soalan macam tu?
      “Suka,” jawab Iman hanya pendek dan bersahaja saja muka Iman. Yalah,takkan lah nak pancarkan rasa seronoknya hati dekat muka yang sudah banyak tumbuh jerawat-jerawat batu yang merah menyala warnanya. Lepas itu nak aplikasikan pergerakkan asas lokomotor yang pernah dipelajari dengan melompat-lompat kegembiraan..yewwww!!Iman malulah..nanti Irfan tukar fikiran pula tengok Iman yang  macam monyet dalam zoo  terlompat-lompat sebab dapat buah pisang.
     “Kalau macam tu kita couple.Boleh?Bolehlah…” Irfan bertanya lagi buat kali yang kedua. Aduhai..tang Tanya suka bolehlah Iman jawab tapi tang couple ni?Parahlah…nak jawab apa?Idea..idea tolonglah datang…tolonglah..em..aha!
      “Boleh tapi ada syarat-syaratnya,” kata Iman. Berkerut dahi Irfan mendengar jawapan daripada Iman. Bercouple pun kena ada syarat juga? Pening Irfan dibuat Iman. Kalau tak diikutkan ragamnya yang gila sejak dulu lagi tu melepaslah Irfan buat kali yang kedua.
      “Okeylah.Apa dia?Banyak songeh! Macam aku nak couple dengan anak raja saja,” Irfan menjawab serentak Iman menjelirkan lidah padanya. Ewahhh!
     “Baiklah.Sila setuju dulu sebelum Iman mengutarakan syarat sah percouplelan kita,” arah Iman pada Irfan. Amboi..sesuka hati dia saja merosakkan bahasa. Sudahlah minta macam-macam belum lagi kalau bab nak meminang. Jambatan Gombak kot dia minta agaknya nanti.Pening sampai esoklah kepala Irfan..
     “Yalah,setuju…” lemah Irfan menjawab. Susah melayan kerenah orang perempuan ni.Agaknya kalau dia mengandung lagi macam-macam kerenah kot. Eh..jauh pulak lajaknya..hee…
     “Bagus!” Iman menunjukkan ibu jarinya pada Irfan sebelum meneruskan kata-katanya. “Okey,sila dengar baik-baik.Kita boleh couple tapi kena patuhi tiga syarat. Syarat-syarat ini hanya perlu dipatuhi selama dua tahun. Syarat-syaratnya adalah……….


  • Tak boleh telefon,
  • Tak boleh mesej,
  • Tak boleh keluar ajak date,


          Itu sahaja,terima kasih,” ujar Iman seraya membongkokkan badannya seolah memberi tanda hormat dalam bentuk budaya orang Jepun.

          “Mak ai….tu couple jenis apa?” Rungut Irfan. Nak buat bagaimana lagi,dah setuju terpaksalah akur. Oleh sebab tak mahu melepas lagi terpaksalah ikut.

          “Itu couple ikut syariat!Okeylah Iman nak balik.Jumpa lagi.” Pandailah Iman! Sejak bila ada couple ikut syariat tapi baguslah buat syarat macam tu sebab nanti kalau tak ada jodoh yang panjang untuk ke jinjang pelamin tak adalah kecewa menonggeng lepas tu guling-guling atas katil macam kes Iman dengan……tetttt!!
          Iman lantas menggalas begnya lalu disilangkan ke bahagian tepi kiri badan. Irfan hanya menjadi pemerhati sahaja sehinggalah Iman mula mengatur langkah mahu pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat petang. Sang matahari pun nak pulang dari pejabat. Cukuplah berkerja daripada jam lapan pagi hingga lima petang lepas tu buat OT sampai enam petang.
       “Hati-hati awak,” laung Irfan kuat agar Iman yang kian jauh mendengar suaranya.
      “Awak…?Sejak bila tukar panggilan ni..heee..,” Tanya Iman dalam hati. “Baik awak…”jawab Iman dalam hati.Tersengih-sengih Iman macam kerang busuk seorang diri.Kalau orang nampak mesti malu sebab kena bahan.
     “Wah..wah..kecewa dengan Zarif dulu pun masih semangat lagi nak bercinta?” Tanya Hani pada Iman sewaktu makan di kafeteria.
     “Eh,Iman kecewa dulu saja tapi sekarang dah okey.Iman taklah macam perempuan lain yang nak kecewa bertahun-tahun lepas tu anti lelaki sampai tak kahwin tak pun terus tukar perasaan suka dekat sesame jenis.Iman tak macam tu.Lagipun Hani kan tahu Iman suka Irfan dah lama kan sebelum Iman terima Zarif lagi,” jawab Iman lalu menyedut air sirap yang masih penuh  lagi di dalam gelas.
     “Tapi kan Iman..tak kasihan ke dekat Irfan?” Tanya Hani lagi.
     “Kasihan?Oo..pasal Iman buat syarat-syarat tu?Hani,dengar sini okey.Walaupun Iman tak kecewa tapi Iman tak naklah dikecewakan lagi oleh lelaki. Sekurang-kurangnya kan Iman tak terkedu nanti kalau Irfan tinggalkan Iman. Dulu Iman sanggup tukar pelan postpaid Celcom sebab Iman nak mesej dua puluh empat jam,bergayut siang malam macam kera dengan Zarif. Keluar bercengkerama sampai malam tapi dalam diam Zarif pasang perempuan lain.Sedih Iman tau,” terang Iman kepada Hani biar Hani tak menganggap dirinya berlaku kejam pada Irfan.
     “Em,baguslah Iman berniat macam tu.Harap-harap Iman sayangkan Irfan sungguh-sungguh.Tak main-mainkan perasaan Irfan,” kata Hani pula yang sebenarnya dalam diam tidak bersetuju dengan cara Iman. Kasihan Hani melihat Irfan yang selalu menegur Iman tapi Iman buat tak tahu sahaja. Benarkan Iman sukakan Irfan?Atau sengaja memainkan perasaan lelaki? Mesti sepanjang lima bulan mereka distatuskan sebagai pasangan,Irfan banyak berkecil hati dengan Iman.
     “Hani..Iman sayang sangat-sangat dengan Irfan,percayalah.Iman tahu apa yang Iman buat ni untuk kebaikan hubungan kami juga,” terang Iman lagi. Dalam hati Iman tahu Hani tak suka Iman membuat syarat pada Irfan.
      “Iman,awak sihat?Lama tak jumpakan?Saya baru balik dari Temerloh buat kajian untuk projek saya,” tegur Irfan yang entah dari mana munculnya.
      “Oh,Irfan.Iman sihat  err..a’ah lama kan tak jumpa,” jawab Iman agak terperanjat melihat kehadiran Irfan di depan matanya. Iman yang seperti biasa mahu mengelak daripada bertemu lama-lama dengan Irfan cepat-cepat menarik tangan Hani untuk pergi dari situ. “Maaf Irfan,kelas Iman dah mula. Iman, pergi dulu,”ucap Iman lekas-lekas meninggalkan Irfan yang terpinga-pinga. Hani menggeleng-gelengkan kepala melihat perlakuan Iman pada Irfan.Kasihan Irfan,dia benar-benar menyayangi gadis bernama Iman.Sedangkah Iman?Entahlah..
     15 April 2007 : 8.30 malam
     Melihat wajahmu muncul tiba-tiba dihadapanku buat hatiku sungguh berdebar-debar. Seminggu aku
menanti dirimu kembali.Irfan,maafkan Iman berbuat begini kerana sayang 

dan cintalah Iman 

terpaksa melukakan hati Irfan.Iman tahu tentu Irfan banyak berkecil hati dengan Iman. Biarlah orang 
nak kata apa walau Hani pun tidak mengerti. Iman tahu tuhan sentiasa berada di sisi dan dengan doa 

setiap hari  insyaallah tuhan izinkan kita menyatu hati suatu hari nanti….
     
         Iman mendakap diarinya sekuat hati agar dapat menahan rindunya pada Irfan. Harapannya moga Irfan malam itu turut sama merinduinya,merasakan rasa yang sama. Membayangkan Irfan buat dirinya terlena diulit mimpi bahagia…
        “Aku tak tahulah nak cakap apa lagi pada kau ni. Agaknya kau ni dah kena guna-guna dengan si Iman tu kot,” kata Faris yang sejak dari tadi melihat Irfan termenung. Seperti biasalah ter “kecil hati” dengan budak Iman tulah apa lagi.
        “Mengarutlah kau. Entahlah,aku bingunglah.Aku tahulah kena ikut syarat-syarat tu tapi melampaulah sampai tegur dalam kampus pun dia buat muka selamba dia tu. Bosan tau ada awek macam tu.Dia tak tahu ke aku ni macam nak gila sayangkan dia?” Luah Irfan lalu mencampakkan bantal kecil berbentuk empat segi ke lantai.
             “Kau yang nak sangat dia.Dulu kata tak kisah ikut syarat-syarat tu asalkan dapat memiliki hati Iman Hazirah Binti Ahmad  tu.” Kata Faris dengan nada bersajak  sambil berdiri.Siap buat gaya untuk memerli Irfan. Lantas satu bantal tepat,jitu mengena muka Faris akibat balingan padu daripada Irfan yang sememangnya juara memanah itu.
            “Aduh!” Faris mengusap kepalanya yang sakit juga rasanya terkena bantal yang dibaling Irfan sebentar tadi. “Kot ye pun nak berlatih lontar peluru janganlah muka aku jadi sasaran,” jawab Faris tidak marah sebab dia tahu salahnya memerli Irfan.
          “Padan muka!Rasakan penangan aku,siapa suruh perli baik dekat aku,” kata Irfan sambil ketawa berdekah-dekah.
          “Yalah,yalah..aku minta maaf. Wei…aku ada idea macam mana nak bagi Iman tu tarik balik syarat dia tu,” cadang Faris mahu membantu Irfan.
          “Apa dia?Kasi bisik kat telinga gua,” kata Irfan yang menunjukkan rasa minat.
          “Ika,salahlah…biar Irfan ajar ya,” jawab Irfan sengaja menguatkan suaranya agar Iman mendengar apa yang dituturnya.
           “Macam kenal suara tu…..” bisik Iman dalam hati cepat-cepat dia berpusing ke belakang. Sah! Memang Irfan! Tapi dengan siapa dia tidak pasti. Kenapa dia dengan perempuan tu? Apa dia buat dengan perempuan?Macam-macam persoalan menerjah fikiran Iman.Hatinya pula diterjah perasaan cemburu hinggakan hidung kembang-kempis menahan marah.
          “Mungkin kawan kot…” Iman cuba membuat andaian positif. Siapa tak marah kalau buah hati bersama orang lain.Bukan main mesra siap perempuan tu main cubit-cubit. Iman menghayun langkahnya cepat-cepat meninggalkan rak buku bahasa dan tanpa disedari Irfan tersenyum-senyum memandangnya. Yes! Babak satu  beres!!
          Dah dua bulan Irfan tidak kelihatan membuatkan Iman jadi resah dan tidak tentu arah jadinya. Hatinya terlalu rindu dan sekiranya dapat menatap wajah Irfan sudah cukup untuk menyembuhkan rindu yang kian membuak-buak dalam ruang hatinya itu.
           Mungkinkah Irfan sudah berubah hati? Mungkinkah perempuan itu kekasih baharu Irfan? Atau Irfan sibuk dengan tugasannya? Sedaya upaya Iman cuba berfikir rasional tidak mahu buruk sangka pada Irfan.
          Kelibat Hani muncul daripada celah-celah orang ramai yang sedang berasak-asak berjalan ke sana ke mari di dalam pusat belah yang terbesar di bandar itu. Padanlah ramai orang hari ini sebab semalam gaji sudah keluar, hari ini pun hari sabtu rata-ratanya tidak berkerja jadi masa inilah mereka mahu membeli barang keperluan rumah.
        “Ha!Lambat sepuluh saat!” Gurauku pada Hani.Dia mencebik bibirnya.
        “Sepuluh saat pun kira lambat ke?Adoii…” kata Hani pada Iman. Iman ketawa menampakkan baris giginya yang putih tersusun.
        “Hani tahukan Iman bergurau.Jangan ambil hati kawan.Datang bulan ke?” Usik Iman lagi.Kedengaran kuat suaranya.
        “Shhh..kau ni kuat sangatlah cakap!Malulah orang dengar  pasal datang bulan ni,” cepat-cepat Hani menekup mulut Iman hingga sesak nafas dibuatnya sebab ditekup dengan kuat dek tangan Hani. Pantas Iman menarik tangan Hani daripada terus berbuat begitu.
          “Ushh..boleh mati Iman, tahu tak?” Kata Iman pada Hani.Hani pula ketawa macam balas balik sahaja.
           “Aku pun bergurau juga..sudahlah,kata nak pergi cari buku, jomla.” Ajak Hani tanpa melengahkan masa lagi. Iman hanya menurut beriringan menuju ke kedai buku MPH.
           “Hani……..,” lembut suara Iman berbisik pada rakannya itu.
           “Kenapa?Pucat semacam muka kau,” Tanya Hani memandang muka Iman yang sudah  berubah pucat lesi itu.
          “Tu…..,” tunjuk Iman ke arah Irfan yang sedang berada dalam kedai buku popular itu. Buat Iman terkejut sangat sebab Irfan bersama dengan perempuan yang sama di perpustakaan kampusnya dua bulan yang lepas. Cemburu makin melanda hatinya ditambah sakit hati melihat tangan perempuan tersebut melekat kuat di lengan Irfan.
            “Kita pergi cari buku lain kalilah Hani,” kata Iman dengan nada sedih bunyinya. Hani tahu Iman sedang cemburu.
             Malam itu Iman diam sahaja.Tidak bercakap langsung dengan Hani sejak petang tadi lagi. Nasi bungkus yang dibelinya sudah lama sejuk itu tidak dijamah langsung.
             “Iman,makanlah nanti perut kau masuk angin,” pujuk Hani lagi.Sudah puas dia memujuk sahabat baiknya itu makan namun Iman tetap diam seribu bahasa. Susah hati melihat perlakuan Iman yang hanya termenung,diam tapi tidak pun menangis.Itu yang buatkan Hani bertambah bimbang.
             “Iman,kalau aku cakap janganlah marah okey. Sebenarnya kalau betul pun Irfan main kayu tiga kau tak boleh salahkan Irfan.Mungkin dia tak dapat terima lagi apa yang kau buat pada dia,” kata Hani bukan mahu menyakiti hati rakannya itu tapi mahu cuba membetulkan tindakan Iman yang selama ini salah.  “Mungkin kau boleh bertahan dengan cara yang kau putuskan tapi tentu dia tak boleh.Tentu dia terima sebab tak nak kehilangan kau lagi sebab dulu kau pilih Zarif,” Hani menyambung semula kata-katanya.
            “Tapi dia dah setuju dulu kenapa sekarang dia nak menyesal?Hani tahukan apa sebab Iman buat semua ni?” Tiba-tiba Iman bersuara.
            “Memanglah Iman tapi dia tak tahukan sebab apa? Mungkin dia rasa Iman tak suka dia dan mainkan hati dia sebab bila dia tegur Iman buat tak tahu saja,” Jawab Hani pula.
            “Memanglah dia tak tahu sebab apa tapi dia tahukan tiga syarat tu?” Kata Iman tak mahu kalah.
            “Iman,Iman..tiga syarat tu bukankah tak boleh telefon,mesej dengan keluar date?Tu saja kan? Kalau tegur dekat kampus tu termasuk dalam syarat kau ke?” Soal Hani buat Iman berfikir seketika.
           “Iman tahu Iman salah.Jadi apa Iman nak buat?” Iman mengeluh panjang sambil memeluk kedua-dua kakinya.
            “Kalau betul itu kekasih Irfan.Mintalah putus.Takkanlah Iman nak bermadu pula,” cadang Hani pada Iman.
            “Putus?Biarlah Irfan yang putuskan.Iman tak nak sebab Iman sayangkan Irfan,” bantah Iman bulat-bulat.
             “Kalau tak nak cubalah berbaik-baik.Maksud Hani tegurlah dia kan itu tak termasuk dalam syarat Iman,” kata Hani. Bernas juga pandangan Hani sebentar tadi. Ya,Iman harus memperbetulkan keadaan mungkin Irfan berbuat begitu sebab datangnya daripada kesalahan Iman sendiri. Dia yang akan memperbetulkan hubungan mereka semula mulai esok tapi tiga minggu ni tentu tak dapat berjumpa dengan Irfan sebab dia pula sibuk dengan projeknya.
             “Aku rasa aku nak couple dengan Ika lah,” luah Irfan pada Faris. Makin lama hatinya makin beralih arah pada Ika.Mulanya dia hanya mahu  gunakan Ika sebagai bahan untuk buat Iman berubah fikiran,menarik semula syarat-syaratnya tapi macam tiada kesan. Makin lama dia yang berubah hati pada Ika dan rasa sayang pada Iman mula pudar.
            “Ya Allah,apa kau mengarut ni Irfan. Habis si Iman nak letak mana?” Tanya Faris agak terkejut. Dalam hati rasa kesal juga member cadangan agar pura-pura rapat dengan Ika yang sememangnya ada hati pada Irfan. Faris menyandar badannya ke dinding, dia terasa bersalah pula berbuat begitu seolah-olah merosakkan hubungan mereka.
             “Biarlah dia. Aku macam malas nak teruskan lagi hubungan aku dengan dia.Dia sebenarnya macam tak suka saja aku ni.Buat tak tahu saja macam aku ni tunggul bila dia lalu sebelah aku tahu tak? Lebih baik aku pilih Ika, cuba sayangkan dia sebab hari-hari dia telefon aku,mesej aku,kejutkan aku bangun pagilah,” jawab Faris panjang lebar. Entahlah, Faris sudah nekad dengan keputusannya.Apa nak jadi biarlah.
              “La…bukan ke kau dengan dia kena ikut tiga syarat yang dah kau  orang setuju tu? Lagipun aku tak pernah nampak dia keluar,bercakap dengan mana-mana lelaki,” ujar Faris manalah tahu Irfan akan membatalkan niatnya untuk menjalinkan hubungan dengan Ika.
                  “Memanglah tapi takkan tegur dalam kampus ni tak boleh?Tak ada kan dalam syarat tu? Nampak sangat daripada awal dia nak tolak cinta aku tapi mungkin kot dia takut aku kecil hati sebab tu dia buat syarat tu,” bicara Irfan lagi dan Faris hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik cerita cinta mereka ni. Nasib baiklah Faris tak ada masalah dengan Zuraida kalau tak mahu juga dia jadi gila macam rakannya itu.              
                   “Habis bila kau nak putuskan hubungan kau dengan dia?” Faris bertanya lagi.
                   “Biar dia Tanya aku sendiri. Kalau dia datang tanya aku,aku akan putuskan hubungan kami depan orang.Biar dia malu.” Kata Irfan yang kini sudah hilang sabar. Iman harus diajar,dia ingat dia sahaja boleh lukakan hati orang,hei…Irfan pun boleh!
                   “Apa kau mengarut ni…”Faris menggeleng-gelengkan kepala makin bertambah-tambah kesal dalam benaknya.Dialah punca segala-galanya.Maafkan aku Iman….
                     “Bi…you dah makan?Semalam baby telefon kenapa bi tak angkat?” Rengek Ika pada Irfan sewaktu mereka mengulang kaji pelajaran bersama-sama di wakaf  berhampiran fakulti bahasa. Waktu itu Iman datang menghampiri mereka walau perasaan cemburu beraja di hati ditahan juga daripada membara kerana tahu segala-galanya berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.
                     “Hai Irfan…err..lama tak nampak Irfan,sihat?”  Tanya Iman mengharapkan Irfan gembira mendengar suaranya menyapa. Terkejut Irfan melihat kehadiran Iman dan akhirnya dapat mendengar suara Iman menyapanya namun pintu hatinya cuba ditutup buat Iman.Dalam hatinya tetap cuba mengatakan hanya Ika sekarang dalam hatinya bukan lagi Iman.
                    “Iman minggu lepas tak ada dekat kampus baru sekarang dapat jumpa Irfan,” kata Iman masih lagi mahu cuba memancing Irfan agar berbicara.Dia tahu Irfan berkecil hati dengannya. Irfan pula memandang ke tempat lain tidak bersuara sepatah pun manakala Ika sudah terasa bahang mungkin cemburu dengan kehadiran Iman.
                   “Irfan?Awak tak suka saya lagi?” Iman bertanya lagi walaupun hati sudah berkecai tidak dilayan Irfan. “Irfan,saya tanya ni…” Iman merintih terasa sebak dan malu diperlakukan begitu tapi dia tahu dia seperti penjenayah yang baru keluar dari penjara yang sudah tidak dipandang lagi oleh masyarakat.Rasa hina,jijik dan keji sahaja pada pandangan Irfan mungkin….
                   “Siapa yang tak suka siapa??” Tiba Irfan berpaling dan bersuara.”Aku yang terhegeh-hegeh meminta sedekah cinta daripada kau kan?Kau buat aku macam tunggul sedangkan aku anggap kau suri dalam hati aku.Kau buat tiga syarat,aku ikut! Tapi takkanlah sampai tegur pun tak boleh?Kau ingat kau siapa?Anak raja?Perempuan macam kau ni kan memang begini kot perangai,” herdik Irfan tanpa menghiraukan orang sekeliling.Iman sudah menangis tersedu-sedu kerana tidak menyangka sebegitu dimarah.
                   “Awak,saya buat macam tu ada sebabnya.Awak tahu tak saya takut saya akan kehilangan awak jika kita selalu sangat bersama.Saya takut jika suatu hari nanti awak bosan dengan saya.Saya fobia semua tu lepas saya putus dengan Zarif.Walau saya buat tak tahu tapi saya tetap cintakan awak malah bertambah sayang.Tak bererti kita tak berhubung cinta itu akan hilang..makin jauh makin mekar rindu saya pada awak,” luah Iman pada Irfan moga Irfan mengerti. Ika sudah buat aksi meluat macam nak muntah sedang mengandung dua bulan.Irfan buat-buat tak dengar.
                 “Agaknya sebab ini kot Zarif tinggalkan kau!”Irfan menunding jari tepat ke muka Iman tanpa sebarang rasa kasihan. “Untu itu cik Iman yang sudah ku tutup pintu hati aku ni untuk kau, di hadapan kekasih baru aku ni Ika, aku putuskan perhubungaan kita!” Ucap Irfan sebelum melangkah pergi meninggalkan Iman bersama-sama Ika.
                 Terduduk Iman tatkala mendengar pengakuan tersebut bagaikan mendengar sang suami menjatuhkan talak kepada isterinya. Dia menangis teresak-esak ketika itu,ada juga beberapa siswa yang datang bertanya kenapa padanya namun dia tidak mahu menjawab dan terus berlari dari tempat itu.
                Iman menangis sepuas-puas hatinya biar rasa sedih itu berlalu pergi.Iman tahu Iman tak patut terlebih sedih mengenangkan nasibnya Iman harus tabah menghadapinya.Lagipun apa yang dibuat selama ini betul sebab Iman rasa tidaklah terlalu terkilan kerana Iman tidak berkorban apa-apa pun pada Irfan. Biarlah..mungkin jodoh tidak ada dan mungkin itu bukti bahawa Irfan tidak mampu menanti kebahagian yang datang suatu hari nanti.  Biarlah dia bahagia dengan Ika..Iman membuka diarinya agar segala  rasa yang ada di hati tercurah dalam diari milik Iman yang sentiasa menjadi peneman setia suka dan duka.

Ku akui ku sangat sangat menginginkan mu
Namun kusadari ku diantara kalian

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi 


Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu

Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Lupakan aku kembali padanya

Aku bukan siapa siapa untukmu

Ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus milikimu slamanya


Ku akui ku sangat menginginkan mu

Tapi kusadari ku diantara kalian

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


 D’masiv:Diantara kalian


               Kini Iman berada hampir penghujung tahun akhir pengajiannya.Rasa tak sabar nak tamatkan Ijazah pertamanya seterusnya Iman mahu menyambung pengajiannya di luar negara,insyaallah. Segala yang berlalu telah lama berlalu.Iman dengan halnya sendiri manakal Irfan bahagia dan setiasa dua puluh empat jam berkepit dengan Ika tanpa rasa jemu.Makan sama,belajar sama,keluar bersama dan segala-galanya banyak dibuat bersama bagaikan belangkas persis.Biarlah senang Iman melihat mereka bahagia sekurang-kurangnya Iman tidak lagi rasa bersalah kerana Irfan tidak merana  kerananya.

              Iman pula masih lagi solo.Bukan tak ada yang mahu memancing hatinya tapi hatinya masih lagi buat Irfan.Entahlah kenapalah susah nak buang rasa cintanya pada Irfan mungkin sebab sudah tertanam rasa cinta ini sejak di bangku sekolah lagi. Emak Iman pula sudah bising kerana sampai sekarang masih tidak mempunyai teman hati,emak Iman takut kalau-kalau Iman nanti jadi anak dara tua macam anak Mak Leha kampong sebelah. Namun Iman buat-buat pekak sahaja. Biarlah dah bersedia nanti dibiar saja Emak Iman pilihkan. Apa yang penting sekarang ni Iman hanya mahu fokus pelajaran supaya nanti bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.

             “Irfan..angkatlah telefon tu.Bingit telinga aku daripada tadi bising saja telefon kau tu,” tegur Faris pada Irfan yang buat tak tahu sahaja.
             “Ah,malaslah aku.Ika tu tak faham-faham bahasalah.kalau setakat nak telefon dua tiga minit tak mengapalah.Ini sampai dua tiga jam.Tahulah banyak duit boleh top up setiap masa tapi hormatlah masa aku nak ulang kaji.Tak reti ke dia sekarang ni nak exam,”bebel Irfan. Faris hanya tergelak mendengar bebelannya.
             “Apa pasal kau gelak?” Tanya Irfan tidak faham.Bukannya dia buat lawak pun.
             “Tu lah..dulu ada awek yang tak suka mesej,ganggu-ganggu kau,kau tak nak.Aku tengok sejak kau dengan Ika keputusan periksa kau makin rendah,” jawab Faris yang sememangnya ada kebenaran. Rasa seketul batu telah menghimpap kepala Irfan,bengang sahaj rasanya.
            “Kau perli aku ke?Kau jangan….” Ugut Irfan pada Faris. Faris mengangkat tangan tanda menyerah.
             Telefon bimbit Irfan berdering sekali lagi. Faris memandang Irfan memberi  isyarat agar Irfan mengangkatnya.
             “Yalah,yalah,” jawab Irfan sambil menekan butang jawab. “Helo..bi sibuklah..telefon lain kali boleh?” Kata Irfan kemudian lama Irfan senyap mendengar apa yang ingin dikatakan oleh buah hatinya.
             “Hum.Okey,bye,” kata Irfan sebelum menamatkan panggilannya.
             “Hai…kena bebel ke?” Perli Faris. Irfan buat-buat tak tahu diteruskan menelaah bukunya yang tergendala sebentar tadi namun lima minit kemudian dia terlena.
              “Bi! Kenapa semalam baby telefon tak nak angkat,baby mesej berpuluh-puluh kali bi langsung tak balas?Bi dah tak sayang baby lagi ke?” Tanya Ika pada keesokkan harinya.
              “Bi sibuklah sayang..tolonglah faham,” Jawab Irfan cuba membuatkan Ika faham keadaannya sekarang ni yang tengah serabut dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya.
               “Orang lain pun sibuk nak periksa.Baby pun nak periksa juga tapi boleh saja telefon bi,mesej bi,” jawab Ika tak puas hati.
               “Sebab tu baby selalu repeat paper,”jawab Irfan dengan suara yang perlahan tapi mampu buat hati Ika tersentap dan terkunci mulutnya. Irfan meninggalkan dirinya yang masih terkulat-kulat di situ. Malas nak melayan perempuan yang terlebih manja dan mengongkong itu. Tapi perempuan yang itu? Macam mana pula?
               “Iman!”Desis hatinya. Irfan melihat Iman yang sedang khusyuk mengulangkaji pelajarannya sambil makan burger di wakaf itu.Comel! Hatinya berbisik memuji. Dalam hati mahu sahaja ditegur tapi ego menguasai hati. Tapi persoalan yang sering bermain difikirannya daripada dahulu lagi ialah kenapa dia tidak pernah nampak Iman dengan lelaki lain?Berjalan bersama,makan bersama apatah lagi nak keluar bersama.Mungkinkah dia memang tidak berminat bercinta? Irfan terus sahaja berlalu dari situ.
              “Kau ni kenapa?Awek kau tu tunggu kat bawah tu,” Tegur Faris makin pelik melihat perangai Irfan dari semasa ke semasa. Seolah-olah mahu menjauhi kekasihnya.
             “Malaslah dua puluh empat jam keluar.Bosan!” Jawab Irfan tanpa memandang rakannya. Alamak! Tersalah cakap!Mesti kena bahan dengan Faris lepas ni.
             “Aha..ayat tu kan….” Belum sempat Faris menyambung kata-katanya Irfan menyampuk. “Tak payah kau nak cakap aku tahu dah,” kata Irfan pada Faris.
             “Kalau Iman dengar apa yang kau cakap tadi mesti dia gelak guling-guling depan kau tahu?” Kata Faris lagi.
            “Hei…Iman bukan macam tu okey!” Jawab Irfan dalam tak sedar dia membela Iman.
            “Eh..eh…tiba-tiba saja kau bela dia,” Faris tersengih-sengih.
            “Mana ada,” Irfan tidak mengaku.
            “Irfan,Irfan..sebenarnya aku tahulah hati kau tu.Kau paksa diri kau sayangkan Ika tu kan sedangkan hati kau masih sayang dekat Iman tu,” kata Faris macam ahli nujum lagaknya.
            “Banyaklah kau,” Irfan cuba menafikannya.
            “Tak betul ke? Tapi kan aku tengok dia tu tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki,borak-borak dengan mana-mana lelaki.Kagum aku tengok dia,” kata Faris membuatkan hati  Irfan berbaur cemburu.
            “Hei..kau tu dah dicop sirim!” Marah Irfan pada Faris. Faris ketawa kecil sebelum berkata.
            “Cemburu nampak!”
            “Tak ada makna!” Jawab Irfan begitu walhal lain dituturnya lain pula rasa hatinya.
            “Masih tak tamat lagi kalau kau nak betulkan keadaan,”  kata Faris lagi sebelum keluar dari bilik mereka. 
            “Nanti aku cakap dekat Ika yang kau tidur okey?” Kata Faris lagi membuatkan Irfan rasa gembira kerana Faris sudi membantunya. Entahlah..makin lama makin bosan hatinya berjumpa Ika mungkin ada benarnya kata Iman dulu.Bila selalu berkepit,berjumpa mungkin akan rasa bosan.Lagipun lelaki mana yang tahan terlalu manja sangat sampai depan orang pun tak segan nak cium pipi.Hishh…orang ingat nanti aku tak reti nak jaga anak dara orang.
             Makin lama rindu makin berbunga pada Iman.Pada Ika biarlah dibuang ke dalam tong sampah kalau boleh.Makin mengada-ngada perangainya.Sejak Irfan berkerja makin macam-macam dimintanya.Ingat dia CEO???Kaya,banyak duit?”Uhhh! Apalah Iman buat sekarang lepas konvo hari tu? Hari ini niatnya mahu datang ke rumah Iman.Saja-saja mahu berborak mengetahui keadaan Iman sekarang. Lagipun masa konvokesyen hari itu Irfan ada senyum padanya nampaknya Iman bagi respons positif mungkin Iman dan Irfan sudah melupakan hal dahulu.
            “Assalamualaikum kak.Iman ada rumah?” Tanya Irfan kepada wanita yang sedang sarat mengandung mungkin kakak Iman agaknya.
            “Iman tak ada.Satu keluarga tak ada,hantar Iman ke KLIA.Dia dapat sambung belajar dekat Australia,akak saja yang tinggal dengan suami akak sebab yalah orang tunggu hari,” ujar kakak Iman memberitahu hal yang sebenar.Irfan mengangguk tanda faham dan dia mahu cepat ke KLIA lantas meminta izin untuk pergi.
            “Tumpang tanya,kamu nak ke mana ya?” Tanya Kakak Iman tiba-tiba.
            “Ke KLIA mahu berjumpa Iman kalau sempat,” jawab Irfan.
            “Hah,baguslah kalau macam tu.Sebenarnya akak nak minta tolong.Tolong bagi pada Iman diarinya ni  Dia kalau tak ada diari alamak menangislah dekat sana nanti,” pinta Kakak Iman. Irfan lantas menyambut diari tersebut dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta mahu berjumpa dengan Iman sebelum terlambat. Namun gerak hatinya mahu membuka diari tersebut..Satu per satu diselak..


  • “Dia suka dekat akulah! Sukanya!Sukanya! =P”

                                         _I love u Irfan!_ 

  • “Hee…hari ini aku nampak Irfan makan comotlah..tapi tetap hensem!”

  • “Seminggu tak jumpa tiba-tiba dia muncul dekat kafe!Gembiranya tapi mesti dia sedih aku buat tak layan..maaf Irfan… =’( “

  • “ …………………………….kini aku rasa serba salah sebab buat dia macam tu..kasihan dia,mesti dia kecil  hati dengan sikap aku kan?Minggu depan aku tak ada mesti rindu sangat tak dapat jumpa dia.Aku  harap bila aku jumpa dia nanti dia sudi berborak dengan aku.. =) “

  • “………………aku anggap ini ketentuan dari tuhan..namun aku nak dia tahu cintaku tetap ada selama-lamanya.Aku buat begitu kerana tak mahu dia bosan,jemu dengan cintaku tapi tak mengapalah kalau dia salah faham.Aku doakan dia bahagia.

  • “Tahniah Irfan!Kita konvo juga kan?”

  • ……………kan bagus kalau dapat berjumpa dengan Irfan sebelum aku pergi..”


               “Semuanya menceritakan tentang aku!Selama ini aku yang salah.Iman terlalu-lalu mencintai aku.Benar,benar apa yang dikatakan selama ini oleh Iman.Lihatlah kini,aku bosan dengan Ika tapi mungkin kerana aku tidak mencintai dia,” Irfan bermonolog.Rasa kesal bertindak memutuskan hubungan mereka melulu merantai jiwa. Lantas telefon bimbit dicapai.



               “Kita putuskan hubungan kita,Ika.Maafkan saya.”



       Segera Irfan menekan butang hantar kepada nombor telefon Ika.Biarlah Ika nak kata apa.Apa yang selama ini salah perlu diperbetulkan. Dia mahu mengubati semula luka di hati Iman dan dia tahu Iman masih menyayangi dirinya lagi.

      Setengah jam perjalanan Irfan mendengus perlahan lalu stereng kereta dipukulnya kerana keadaan jalan jadi sesak akibat berlakunya kemalangan di hadapan sehingga Irfan terperangkap di situ hampir satu jam di situ.

     Sampai di KLIA, Irfan bertemu dengan keluarga Iman. Sedih hatinya kerana tidak dapat berjumpa Iman buat kali yang terakhir. Penerbangan Iman ke Australia sudah pun berlepas setengah jam yang lau. Bagaimanalah kini dia dapat bernafas tanpa Iman di sisi.
     Hari ini Iman berasa sungguh gembira hajatnya untuk mendapatkan ijazah sarjana  tercapai sudah.Sudah puas merantau di negara  orang kini Iman mahu berkhidmat, mencurah segala yang dipelajarinya di negara sendiri. Sampainya Iman di rumah Iman harus pula memikirkan soal rumah tangganya pula.Emak kata emak dah jumpa calon yang sesuai.Biarlah siapa pun asal baik.Iman yakin pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik.Restu keluarga penting daripada segala-galanya. Lagipun cinta boleh dipupuk walaupun dalam hati masih …………………………………Irfan??????
    ”Rasa macam tak percaya lagi pagi ni! Sebab Irfan calon yang emak Iman pilih. Puas sudah emak Iman cerita semalam macam mana gelagat Irfan merayu berhari-hari suruh emak Iman pilih dia sebagai calon suami Iman. Kelakar rasanya sampai merayu-rayu.Menangis pula tu!Merah padam muka Irfan mendengar emak mentuanya bercerita. Malam tu dalam bilik Irfan meminta maaf dan segala-galanya diterangkan sejelas mungkin oleh Irfan. Tapi kan…………paling Iman geram sebab rupa-rupanya Irfan yang simpan diari Iman.Ee….jahat! Apa-apa pun terima kasih diari!Sebab diari inilah menyatukan kami semula…malam tadi kan..ishh..suami aku ni kacau dah..

      Sayang..cukuplah tu tulis diari. Takkan dah kahwin pun nak cerita pasal abang,” sapa Irfan yang baru sahaja bangun daripada tidurnya.

      “Perasan!” Iman mencubit pipi suaminya lembut.Irfan hanya ketawa.

      “Sayang,hari ini kita pergi dating..tengok wayang ke,makan sama-sama ke.Dulu-dulu tak pernah pun,” rengek Irfan macam budak-budak.
       “Mesti seronokkan sebab dulu-dulu tak pernah pun kan,kan?” Usik Iman padanya.
       “Sayang perli abang..wuaaaa,,jahat!” Jawab Irfan pura-pura merajuk.
       “Mana ada.Abang,abang…kontrak perjajian dah lama tamat lepas ni abang kena selalu mesej,kol sayang tau.Kena dating hari-hari tau!” Kata Iman manja.
       “Dah boleh ea?Bestlah macam tu.Sayang tengah mandi dalam bilik air pun abang  kol tau nanti!” Usik Irfan pula.
        “Eeee..gatal!” Pantas Iman mencubit bahu Irfan.
        “Adoiii….sakitlah!” Irfan menjerit kecil pura-pura kesakitan lantas dirnagkul erat Iman dan juga kini dia mendakap sebuah bahagia yang akan kekal selama-lamanya… =)




Monday 11 March 2013

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-27 TAHUN, SAYANG!




Pada hari ini, tepat jam 12.00 tengah malam bersamaan tarikh 11 Mac 2013 merupakan hari jadi suami Mia yang sangat2 Mia sayangi + Cintai + kasihi. HAHAHA suka memuji berlebih sedangkan suami Mia ( Mr.D) just panggil Mia si buncit + si musuk + si masam aje.. katanya paggilan manje jugak tu =') SABAR JE.. Setiap hari, Mia akan excited nak tunggu tepat jam 12.00 malam sebab nak jadi orang yang pertama wish dekat dia. Alhamdulillah 3 tahun berturut2 saya lah orang yang pertama wish HAPPY BIRTHDAY dekat dia. Kalau ada orang lain, Mia rasa nak penumbuk orang tu HAHAHA. Mana boleh orang lain dlu kan?? Kalau tahun-tahun yang lepas Mia bagi hadiah yang biasa-biasa je sedangkan Encik abang bagi Mia hadiah yang berganda-ganda harga daripada Mia. So this year, i give something yang sangat-sangat best dan keistimewaannya Mia juga boleh rasa. HAHAHAH.. cuba teka Mia bagi present apa?? Teka..teka...
.
.
Tadaa............. Mia bagi Mr. D

PERFUME!!! INDIVIDUEL PERFUME BY MONT BLANC. Tapi tak tahulah baunya macam mn.. Ada yang pernah beli tak? Agak-agak bau dia best x? Mia beli pun ikut pandangan daripada penjual online. Memang ori, 100% original dari US sebab Mia pernah beli sekali dulu dengan akak tu. Namanya kak Azwa. Lagi satu Mia pilih ni pun berdasarkan reviw dari blog-blog luar negara yang memberikan pandangan dan komen tentang perfume ni. Kata salah satu blog yang mia baca:

Individuel by Mont Blanc is a Oriental Woody fragrance for men. Individuel was launched in 2003. The nose behind this fragrance is Pierre Bourdon. Top notes are rosemary, pineapple, coriander, cinnamon, lavender, juniper berries, mint, bergamot and cardamom; middle notes are orange blossom, violet, jasmine and geranium; base notes are sandalwood, amber, patchouli, musk, raspberry, vanilla, dark chocolate, oakmoss and vetiver.

Fabulous, marvellous, magnificent great parfume. A must have for me.
DELICIOUS.

I had this on my want list because of all the great reviews Ive read. went to a perfumania to test it on my skin today, and I just took it off my want list. It was way to sweet and bubble gummy for my taste. And a bit to synthetic.

Very nice and sweet! I would say good for winter up until spring time, I apply 4 sprays in the morning and come home from work and it still packs a punch!

Great for the price i picked up a bottle for £21!

Alhamdulillah.. ramai yang bagi review yang positif. Thats why Mia pilih yang tu. HUHUHU walaupun pada mulanya, Mia pening jugak kepala =') SO, kepada mereka yang nak beli perfume untuk suami, kekasih, kawan lelaki, ayah atau sesiapa sahaja boleh cuba lah yang ni. Mana taw kot-kot sedap baunya kan. Setiap orang taste dia lain-lain. Betul tak?

Kepada suami saya yang Tersayang, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-27, semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa sayang saya sampai bila-bila HIHIHI =)

Kepada mereka yang tengah pening-pening nak cari perfume original dari US. Meh, Mia suggestkan page yang jual perfume online. Servis dia pun bagus taw. Klik bawah utk ke link page kak Azwa


OKey, dan ini Mia nak tunjukkan perfume yang Mia beli hari tu. best sangat2 bau dye. U alls trylah.. tak rugi taw. Member mia siap repeat order lagi.


Botol dia pun cantikkan?? HUHUHU


Bawah ni sebenarnya PERFUME IDAMAN MIA........ tunggu masa je nak rembat! Dengar kata perfume kt bawah ni pun Dato' CT selalu bawa ke mana-mana shownye.. HIHIHI....


PERFUME CHLOE'!!!


Lastly..........................


Selamat Hari jadi sayang, I LOVE U SO2 MUCH!!
Hrp2 ada masa st hr nnt dpt smbut hr jdi awk :(
Semoga murah rezeki, berbahagia selalu dan dipanjangkan umur. 
Saya sayang awak <3 love u..






Blog Archive