Thursday 12 September 2013

Suntikan Anti Tetanus Semasa Hamil


         Alhamdulillah. Kandungan Mia dah masuk 5 bulan. Excited nak menghitung kandungan yang ke 6, 7, 8, dan yng dinanti2kan 9 bulan. Semalam Mia pergi buat pemeriksaan untuk bulan ni di Klinik Kesihatan Kerajaan, memang baguslah, macam biasa nurse2 dia sambil buat pemeriksaan, diorang tanya-tanya apa yang patut, borak-borak dengan Mia hal2 rumah tangga dan mcm2 lagi, yg pasti buat pmriksaan kat klinik ni tak tension seperti yg org ceritakan. Mula-mula timbang berat badan, fuhh nsb baik tak naik melampau 57.6kg je.. klu bulan lps 56.8kg.. okeylah kn naik 1kg je sbb nurse bgthu stiap bulan plg tgi dn pling cun kena naik 2kg je tak boleh dan tak boleh jugak tak naik. Lepas tu ambil air kencing dan darah, alhamdulillah juga tiada masalh. HB Mia walaupun menurun dari 11.6 mjdi 11.1 nmun nurse ckp msh lg okey.. klu 10 tu bahaya..jd bykkn mkn syur2 cthnye mcm bayam, mnum susu :) Byk lg soalan yg nurse tanya ada keputihan tak dtg? Mia ckp ad tp sikit, jd itu normal..klu smpi byk, dan berbau tu, puan-puan rujuklh pd pakr ye.. lps tu, Alhamdulillah juga tiada darah yg keluar, lps tu baby pun dh brgerak.. :) byk kli.mmg happy sgt perasan tu.. prgerakkan tu seolah2 mcm baby ketuk2 pd rahim kita atau mcm buih2 air yg meletup "pop" hehhehehee.. Lgi satu skg bila kt pegang prut kt tmpt rasa pgrakkan tu pun, Tangan Mia dh boleh rasa pgrakan tu. Selera makan Mia pun bertambah-tambah baik, masa n memang nikmat byk tdo..byk mkn... hehehe ;D Tapi yg pling tak tahn bila kaki dah mula cramp waktu tdo..huuhu sakit sgt bila nak tggu dye baik balik..pinggang pun dah mula meregang mak oi...mmg skit masa dye nk meregang tu... sampai kita terkaku bila rasa tegang tu.

      Lepas tu nurse cakp Mia tak perlu minum air gula sebab kalau umur 24thun ke bawah tak perlu minum air gula melainkan mmg kita detect kncing manis.. Mcm makcik mia umur 22thun kena minum air gula sbb brt bdn melampau2 naik.. heheee..so far air gula Mia tak perlu minum. Tapi kalu umur 25thun ke atas, wajib minum air gula walaupun xd tanda2 kncing manis atau brt bdn brlbihan ke apa2 la yg mybabkan kena mnum air gula. Hakikatnya Mia sdih tk dpt rasa pngalaman Minum air gula tu.. mmg nak sgt rasa mcm org lain rasa..ada yg takut nak minum, ada yg rsa mcm mimpi ngeri kena minum.. tu kan pengalmn, dan Mia nk rasa pngalaman tu, tp bum brksmpatan he he he. tp jgnlh nnt kna mnum air gula sbb ad mslh kan, sume org xnak ada maslh kan..

      Bab air gula terlepas tapi Mia kena suntikan anti tetanus.. huhuhu smpi skg rasa lenguh tangan belah kiri.. Bulan depan kena juga lagi sekali.. ha..knp kena suntikan antti tetanus?? Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut. Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy). Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu. Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang. Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.  Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman. Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini. Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.  Pendapat Dr Zubaidi :Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan. Jadi baguskan jika kita mengmbil suntikan tetanus ni? Tak sakit pun :) jdi jangan menolak sekiranya nurse atau doc nk suntik vaksin ni okey..untuk kita dan anak kita jugakan :) Habis je dari suntikan tu, pemeriksaan Mia pun selesai.. hehehe bulan depan kena jumpa doc pulak sekali.. hehehehee tak tahulah apa yang dia nak periksa kan.. :) Excited bila nak tunggu pemeriksaan seterusnya tapi bosan bila kena pegi tandas ambil air kencing..huhuhu.. leceh...

No comments:

Blog Archive