Thursday 9 January 2014

Ayuh checklist , 8 Tanda-tanda Awal Bersalin


( Yang ni memang ada rasa tp tak kerap & tak kuat.. 9 bulan boleh tidur menelentang lagi taw hihihihi)

1.Sakit Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

.........................................................................................................

(Belum kontraksi yg betul2.. sellu false alarm je..paling lama 6 kali, lps tu hilang..malam lena je tdur)

2.Kontraksi rahim- Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan suda tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

............................................................................................................

(Belum lagi, kalau ada mmg dh terus berkejaran ke hospital dah)

3.Bloody show- Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

....................................................................................................

( Belum lagi, sama juga..kalau dh turun ofcoz dh pecut pegi hospital)

4.Pecah Ketuban- Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

............................................................................................................

( OFCOZ.. hanya doc je yg tahu.. tahu2 je agknye dh 8cm.. who know kan?)

5.Serviks terbuka- Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

............................................................................................................

(Yup selalu dh sgt 3minggu ni, memulas je kejenye tp akhirnya berakhir dgn membuang juga heee lwas betul..)

6.Perut memulas- Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

.........................................................................................................

(Bru malam ni rasa ringan... kepala baby doc ckp dh msuk bawah, tp mak ckp perut sy xturun lgi..hewhew..)

7.perut "turun"- Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

............................................................................................................

(Ni dh mesti..kul 1, kul 2 pagi mesti trjaga xthn nk buang air kecil)

8.Kerap membuang air kecil- Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

...........................................................................................................

(Pemalas betul nak tanda gerak bayi.. tp stil ingat stiap kli baby gerak.so far alhamdulillah..hrp2 xd mslh, baby sllu gerak2 okey.. jgn buat mama rsu.. huhuh)

Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan ini merupakan petanda awal bersalin,namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak.Dikhuaitiri bayi lemas dalam kandungan.Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali.Jika secara tiba-tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.




No comments:

Blog Archive